Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) 2017 Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Di SMKTPM, keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah ini dan guru-guru di sekolah tersebut. Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guruĀ­guru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak PIBG dengan pihak sekolah. Berikut merupakan carta organisasi PIBG SMKTPMĀ :

Pibg SMKTPM 2017